....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....

My photo
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...

IT`S ME!!

Friday, October 17, 2008

SeKaDaR ReNuNgAn BeRsAmA..

Hi semua...Aku harap korang pada hari ini semuanya sihat?! Mungkin diantara korang pelik kerana bahasa aku pada kali ni agak sopan atau pun serius..Yes! Is time to be serious..

Ape yang nak aku kongsikan bersama dengan korang ni bukanlah untuk menyentuh hati & perasaan mana2 pihak, tapi ia datang dari hati kecilku yang kasihkan persahabatan.. Aku amat serius dalam menjaga hubungan persahabatan walaupun ia jauh atau dekat. BERCINTA BIAR SATU,BERKAWAN BIAR BERIBU!!.. Iya..itulah aku!!Mak pernah bising padaku kerana lebih mementingkan persahabatan dan Mak selalu risau bila melihat aku bimbangkan kawan2 yang punye masalah. "Tak salah"katanye tapi biarlah berpada-pada. Aku memahami setiap butiran kata-kata Emak tu..tapi keluargaku sudah faham benar dan lali dengan sikap aku yang mudah simpati.. Pada mata kasar orang, aku mungkin dianggap liar,bengis,degil,sombong atau ape2 ajelah yang mendatangkan perasaan pra sangka terhadap aku.. Tapi mereka silap.. Don`t U ever judge the book but it`s cover..

Korang mesti fikir ape yang aku merepek ni?? Ape yang aku nak bagi tau kat korang sebenarnya?? Atau...kenape aku nak bagitau semua ni?! Sabar!! Korang masih blom kenal & mengerti Insan seperti aku.. Aku bukan nak menyibuk pasal orang tapi ape gunenya kalau aku sudah punya ruangan sendiri kalau aku tak gunakan sepenuhnya ye tak?? Lagipun disinilah tempat paling sesuai untuk aku mengadu perasaan & tempatku melepaskan ape yang terbuku dihati aku ni... Terlintas dihatiku untuk aku coretkan disini setelah aku berchating panjang dengan seorang kenalan dari US. Name beliau Matt, berasal dari Cleveland,OHIO. Berumur 19 tahun dan masih lagi belajar dikolej di tempat asalnya.(Maaf!! Gambarnya tak dapat disiarkan atas sebab peribadi). Matt aku kenal sudah hampir setahun lebih, dan kami sering berchit-chat sekiranya ada kelapangan..Maklumlah Matt agak bz dengan studynya. Tapi ape yang aku ingin kongsikan bersama ialah mengenai kehidupannya yang sukar serta kepayahannya dalam bergelut dengan segala masalah untuk terus mencapai ape yang dihajatinya. Diusia yang masih muda itu Matt sudah keluar dari rumahnya kerana keretakkan hubungan ibubapanya. Tapi didalam kepayahan itu,dia masih lagi mampu menyimpan impian untuk terus belajar & berjaya seperti orang lain.. Anugerah yang dimilikinya sebagai seorang pelukis berbakat tidak pernah disia-siakan, dan aku sendiri pernah melihat hasil lukisan yang diemailkan padaku..Thanks Matt!! Banyak sungguh lukisan2 yang indah dari sentuhan beliau. Kagum sungguh aku dengannya. Tapi malangnya Matt tidak berumah..Yes!!Homeless. Hanya berteduh dimana-mana yang boleh di tumpang untuk tidur mahupun mengulangkaji pelajarannya walaupun dikantin kolej tempat beliau belajar.Atau di perpustakaan untuk melayari internet sambil chatting denganku. Kadang2 beliau tak makan dan terpaksa menagih simpati di rumah perlindungan. Malah,beliau terpaksa menjual lukisan-lukisannya untuk terus hidup & perbelanjaan pelajarannya. Walaupun punye seorang kakak,Matt tidak mahu mengganggu kehidupan kakaknya yang sudah berumahtangga. Mulia sungguh hatimu,Matt!!
Semalam,aku punye peluang untuk chatting dengannya setelah seminggu tidak berbual. Ape yang memeranjatkan, Matt mengadu bahawa lukisan-lukisannya tidak laku kerana disana(US) rakyatnya sedang cube menghadkan perbelanjaan disebabkan krisis kewangan yang kita pun sedia maklum. Aku pun tak sangka bole terkena impactnya pada Matt.Namun aku faham. Simpati sungguh aku pada Matt kerana begitu dia bergelut untuk hidup. Bila aku suruh minta pertolongan kakaknya,Matt tetap berkeras untuk tidak berjumpa kakaknya. Kata Matt,"What happen to me now will make me stronger and stronger",This is the key to be a better person, and to get a better life",.......... hmm.Entahlah Matt!! Aku setuju dengan kata-kata itu.. Cume ape yang aku harapkan & berdoa agar dia tidak di timpa masalah..
I know you can do it, Matt!! Please be strong!!


Tak tido lena betol aku mengenangkan Matt tu.Bukan aku ni ada hati padanya.Tidakk!! Tapi apa yang aku fikirkan ialah kita sebagai manusia..terlalu banyak warna-warni kehidupan yang harus kita hadapi & tempuhi. Tak kira gembira,sedih,suka,duka, ketawa,menangis dan macam2 lagi perasaan yang berbaur. Rupenya..walaupun kita jauh ni tapi sebenarnya dekat..dekat kerana perasaaan itu sebenarnya sama..terasa.....pahit dan manisnya..tidak semua orang didunia ini tak ada masalah atau kesusahan..semua ada..semuanya rasa!! Walaupun warna kulit yang membezakan kita tapi setelah kita rasai atau kita kongsi bersama..rupenye kita ini semua bukan jutaan atau ribuaan... tapi sebenarnya..SATU.
Dan aku masih lagi berfikir & masih lagi merenung semua ini....
Bagaimana dengan korang??

No comments:

FOLLOWING THIS BLOG