....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....

My photo
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...

IT`S ME!!

Saturday, February 28, 2009

HaPpY BiRtHdAy To Me!!! 28th FeB


Happy Birthday To Me!! Wahahahaa. Tahun ni genapla aku 29 tahun umurku. Dah diambang kertu dah!!! But 29 hanyalah nombor bak kate teman blogku Sofi. Bercakap tentang Sofi, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Sofi & Ikmal kerana bersusah-payah buat post untuk birthday aku. Ikmal!! i luv it so much!!! Aku bebenar terharu dengan kata-kata ucapan birthday aku tu. Walaupun kita hanya berkenalan didalam blog tapi aku happy sangat dapat mengenali mereka. Aku harap kita akan dapat berjumpe satu hari nanti. Dan diharapkan juga persahabatan kita kekal.
Ketika aku postkan ini, aku dah nak naik Genting untuk celebrate birthday aku dengan teman-teman tersayang. Sekali lagi ingin aku ucapkan terima kasih bebanyak diatas ucapan hari lahirku!! Muahx

Friday, February 27, 2009

SeK.MeN.KeB GoMbAk SeTiA
















Ini sekolah aku. Sekolah kesayangan & kebanggaan aku. Tempat aku menuntut ilmu dari 1993 (form 1) sehingga 1999 (form 6 atas). Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Penuh memori suka-duka. Ada sentimental value padaku sekolah ni. Tujuan aku sebenarnya satu jer. Mencari teman-teman lama yang terpisah dari aku. Kalau korang terjumpe blog aku ni kawan-kawan. Tolong tinggalkan email korang kat komen aku yer?! Aku benar-benar rindukan saat kita bersekolah dulu. Plzz!!

ANTM CyCLe 12 Is BaCk!!!



OMG!!! America`s Next Top Model cycle 12 is back!!! Tak sabar siot!! Jangan lupe tonton uolss!! Kak Tyra!! amissyoo lorrr... *tetibe je pose fierce depan pc!!!

MoUnTaiNs ArE CLiMbEd OnE StEp At A TiMe


Everyone who got where they are had to begin where they were.

Your opportunity for success is right in front of you.

To attain success or to reach your goal,don't worry about having all the answers in advance.

You just need to have a clear idea of your goal and move toward it.

Don't procrastinate when faced with a difficult problem.

Break your problems into parts and handle one part at a time.

Develop a tendency toward action.

You can make something happen today.

Break your big plan for success into small steps and take the first step right away.

Success starts with a first step.

Wednesday, February 25, 2009

CLaSs Of 1994 (FoRm 2)

atas ni better quality pic!!
Terjaga seawal 5 pagi then terus aku bukak Facebook aku. Tetibe aku terperasan kawan sekelas aku mase form 2 letak gambar ni dalam profil dia. And dia tag aku!! Motif?? Wahaha. Aku senyum sorang2 bile teringatkan zaman kegemilangan yang tak gemilang tu. *Opsss. Korang jangan la tengok tarikh yang bewarne kuning tu tau!!

Aku terus copy gambar ni dan post kat sini. Ni pic aku mase tingkatan 2 (1994) di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA. Aku nak uji korang!!

Mana satu aku dalam pic ni?? Cube carik kalau dapat?? So, sorry pic tak clear sangat!! Huhuhuhu

Tuesday, February 24, 2009

My BoO!!



Tu diahh!! My Boo!! Tempat aku peluk,cium,gomol segalanye. Dulu aku ade banyak koleksi anak patung ni lebih kurang hampir 30. Tapi, kebanyakkannya aku dah sedekah kat adik-adik sedara kesayangan aku. Kebanyakkanya adalah pemberian teman-teman tersayang!! Koleksi yang ade kat aku skarang ni aku tak sanggup nak bagi sebab ade sentimental value!! Huhuhuhu!!

WeLcOmE To GeNtiNg HiGhLaNd!!


Hurmm.. Agak-agaknye la kan,, sape antara korang yang benar-benar terase nak naik jer ke Genting Highland?? Specially hari Sabtu ni?? Kalau ade meh sini tinggalkan komen anda. Aku raselakan mesti ade orang tu tinggalkan komen kat sini jap lagi *Matila jap agi aku!!. Rasenye mcm tak sabar jer!! *Larikkkkkkk

AkHiRnYa TiNgKaPkU BeRtiNgKaP!!!




Wohoo!! Akhirnya.. tingkapku yang ternganga selama 3 minggu sudah tak ternganga lagi. Seperti yang korang tau selama 3 minggu rumah keluarga aku diubahsuai dan semalam telah pun selesai. This morning tukang tingkap datang & terus jer pasang tingkap ni. Aku amik gambar & tak sampai 5 minit, dah post kan sini.. Ceh!!!!
p/s tengok tu?? perasan tak?? kiri kanan dinding pun tak sempat nak cat lagi.. Hauzzz!!

Monday, February 23, 2009

ReLa By TiLa

video

Hurmm!! memandangkan kat chat box aku tu ade ramai pendengar lagu RELA nyanyian TILA, dengan rase baik hati aku pun postkan semula clip lagu ni. Aku bab lagu cinta yang lama-lama bagi jer.. Dengan Rela hati aku bole carikkan!! So, macam mane?? Menggamit kenangan lalu tak??? *Opsssss

ThE ChALLeNgE FrOm ZuA


(1) go to your picture holder in your computer(2) go to 6th folder of photos(3) go to 6th picture of that folder* put the picture on your blog and description of it....* invite 6 friends to join the challenge....

Zua!!! I da buat dah ape yang u suruh so the next task yang perlu i buat ialah penjelasan mengenai gambar ni....

Gambar ni diambil pada tahun lepas dalam bulan April dan yer mase ni i kurus sangat. Huhuhuhu. Bertempat di Pedder Red Boutique KLCC tempat i kerje dulu. Waktu tu bosan gile coz no customers walk in at all so i dan kawan sekerje dah naik mengantuk dan tak tau ape nak buat. Jadi untuk hilangkan kebosanan i & rase mengantuk tu, weollss main make-up2 (hahaahaha) and i pun join sekali. Gambar ni diambil oleh senior i diam2 then troz dia send kat i sebagai kenang-kenangan that i used to be slim (Wahahaahah)

Sunday, February 22, 2009

UbAhSuAi RuMaH!!!

Ketang!! Ketung!! Ketang!! Ketung!! Masuk hari ni dah 3 minggu umah familiku di renovate.. selama 3 minggu jugaklah aku tak tido lena. Walaupun umah kami umah flat tapi tidak menghalang untuk Abah mengubahsuai umah kami. Rumah aku yang paling bawah sekali dan diatas umah kami ialah umah adik aku dan isterinya. Umah ni hanya mempunyai 2 bilik sahaja, so memandangkan adik aku ingin menambahkan 1 lagi bilik tambahan untuk menjadikan 3 bilik, ape yang perlu dilakukan menambahkan cerucuk atau tiang tambahan so kakedahnye umah bawahla haruz ditanam tiang tu.. So, dikesempatan itu weollss bole la menambahkan ape yang patut kan??? Nampak tak betapa messy nye umah kami. Blom lagi kemas.. Tidakkkkk!!!!

Saturday, February 21, 2009

HaVaiAnAsKu PuTuS!!

Whua!!!! Seliparku putus!! Mesti korang pelik dan tertanya-tanya nape plak aku nangis macam orang nak gile hanya kerana selipar bodoh kan?? Hello!! Ini bukan sebarang selipar tau!! Ini selipar Havaianas from Brazil and takkan dapatnye kat Malaysia ni specially kat KL. Kalau ade pun design yang hauzzz jah!!! Aku ade 3 pasang Havaianas iatu 2 pasang with Swarovski yang bergemerlapan & satu lagi yang ni ha..yang normal punye yang berharga RM89 jah!!! Paling dekat kat Singapore jer bole dapat.. putus gara-gara mak aku yang pakai!! jelez la tu??!! Dah 2 tahun aku simpan selipar ni and still lagi bertahan. Alih-alih sampai kat mak sendiri??!! Hauzzz!!!

Friday, February 20, 2009

MaK WaN ChiCkEn ChOp & StEaK!!

Inilah owner kedai ni!!






Jomlah singgah!!
















Yummy!! Terliur takkkk??





itulah dia..Makan!makan!makan!!
mane tak bulat??!!
Whuaaaaaa
Jemputlah singgah makan di Mak Wan Chicken Chop & Steak yang terletak di Jalan Taman Melati 9. Betul- betul kat tapak pasar malam. Sedap tau! Sebab resepinye berbeza . Buat sendiri gitu!!! Buka setiap hari dari pukul 6pm sehingga 12am. rugi tak rase..... Sedap!! sesedap ownernye *opssss!!






BiG ApPLe DoNuTs


Ha kan??? Tak tau nak cakap ape..matila!!





Izzy & Mie Abadi datang umah aku hari ni semata-mata nak bagi ni. Donut dari Big Apple dan ini salah satu yang mencabar kewibawaan aku untuk terus melangsingkan tubuh!! *opsss
Wah matilaa macam mane nak diet ni.. Sedap!! sedap!! sedap!!!


Tuesday, February 17, 2009

RaLaT!!

Okay!! Ni sentap sangat ni!! Sangat ralat yer.. Aku paham korang terkejut ngan perubahan badan aku yang agak bulat.. Plzzzz jangan komen bentuk badan aku ok??!! aku pun terkejut macam korang jugak!!! Whuaaaa!! nak diet!!!

KeHaDiRaN SaHaBaT IsTiMeWa


6hb Feb (Jumaat) lepas adelah saat paling menggembirakan sebab kawan baikku Zayriz dari JB turun ke KL selama 4 hari. So, kat Pudu aku pun tunggu Zayriz then bile sampai weollss jalan-jalan ke KLCC & BU1 untuk carik besday gift kawan Zayriz. tapi paling menyeronokkan malam weolls termasuk Izzy ke PutraJaya untuk seisi bertemu ngan Airell. Percaya atau tak weollss berkenalan & berkawan melalui online jer dari TAGGED. Kan?? Tak sangka kami akan berkawan baik & harap iyenye kekal. The next day Sabtu, weolls jejalan kat Pavillion yang agak crowd kerana ade event for Chinese New Year. Hari Ahad iaitu hari yang ditunggu-tunggu tibe caoz weollss naik ke Genting Highland. Aku naik dulu dengan si Chelly gile dan tunggu for Zayriz & Airell kat cable car. Saje je nak naik cable car coz nak tengok view sambil hu ha hua antara kiteorang. The best part is weollss overnite kat situ dan menantikan kehadiran 2 orang lagi Diva Popular Lisza & Izzy D. Yang pasti dalam pikiran aku, haruzzz clubbing so weollss clubbing jah kat Safari. So, kat bawah ni ade pic2 weollss dgn aktivitinye sekali. Aku ade banyak lagi pic tapi hanya ini yang aku bole share kat korang sebab pic yang lain personal value untuk aku & kawan2 aku.. Ushalah!!

Monday, February 16, 2009

HoLiDaY To GeNtiNg HiGhLaNd!!!

Sempat lagi Weoulss pose dalam kereta kebal yang penuh pancaroba!!! Katenye...
Tu dia.... Sempat plak feeling omputeh sambil pose kat depan bas merah double-decker!! Sebenarnye bas ni telah diubah menjadi restoran yang menyajikan pelbagai makanan tapi weollss tak makan kat situ, cume berangan nak pose kat depan jah!!!


Motif?? Si Zayriz ala-ala feeling pose menjerit & aku plak memang sesuwai mencacatkan paras rupe yang rupawan sebelum naik Space Shoot!! Jerit Uolss!!






Ni adalah gambar jarak jauh yang diambil oleh Airell sebelum aku & Zayriz dilambungkan ke udara dengan penuh penghormatan.. Zayriz siap cabar lagi supaya kiteorang tak menjerit bagai mati laki and Thank God!!! We all tak menjerit langsung. (sebenarnye dalam hati aku terase gak macam bijik nak terkeluar.. tapi nasib baik dapat cover!! Wahahaha!!)





Tu dia Ratu Bunga Singgahsana!! Sempat berposing sakan dengan teman baikku Airell & Chelly dihadapan bunga-bunga yang kembang mekar seperti mewakili diri kami yang masih dara. *Opssss!!!! Dara kah??




Seronok dapat meluangkan mase di Genting Highland dengan teman tersayang Zayriz from JB dan Airell from PutraJaya. Yang perempuan tu Chelly teman baik mase kecil dan sekolah ku!! seperti biase Chelly tak pernah lupe menjalankan tugasnye dengan cemerlang dengan menabur AROMA TERAPI ISTIMEWANYA disekitar Genting!! Busukkk!! By the way kengkawan, mintak maaf bebanyak sebab tak bagi tau korang yang Chelly tu kuat membuang..Wahahahaha










Lepak kat taman bunga pada waktu malam sambil menahan kesejukkan. Kononnye nak feeling mat salleh kakedahnyerrr...
Izzy kawan baik aku yang pakai kot warne beige tu ala-ala tersipu-sipu anggun plak?!! Anggun kah?? Lisza yang belah kanan tu macam terkacip jah???






Haaa.. Inilah dia orang diantara sahabat baik aku yang paling penting dalam hidup aku.. Zayriz yang berbaju biru & Airell yang kat tengah tu.. Korang percaye atau tak mereka ni kawan online aku & tak sangka kami bole berjumpe dan berkawan baik. Aku harap persahabatan kami ini berpanjangan hendaknye sebab aku sayang korang!! Terima kasih diatas persahabatan ini dan kebaikkan korang akan aku ingat sampai bile-bile. Aku betol-betol enjoy banget sih!! Dan rindu kat korang!!! Muahxx!!









Sempat berposing sakan dalam bilik weolls dengan penuh gaya keletihan. Oh yer!! Chelly sorang ajer perempuan yang sesat tido dengan weolls tapi dont worry la.. Dinchh selera la uolss!! So kakedahnye malam tu selamat jugaklah kesucian si Chelly tanpa sebarang gangguan anasir luar bilik & di dalam bilik.. Tak seated kah?? *Opssss!!









Ha!! Jari tu??!! ape makne tersirat tu uollss?? Berpuks kah??? First time aku naik bende alah ni dan bermati-matian aku ingatkan ade something freaky kat dalam umah tu tapi kakedahnye... Nan Ado!!!!! Hauzzz!!!! Dah la keta kecik yang aku ngan Chelly naik ni slow jadi nak jadikan citer weollss pepura ketakutan.. Motif??? Adelahh!!













Pose manje dari Zayriz manekala aku plak pose ala-ala nak makan orang!!! Ni tengah beratur nak naik bende alah tu.. entah ape ntah namenye pun aku tak tau!!!













Pose tingtong lepas balik clubbing kat Safari... Best giler.. Janji aku seated kan??!! Nampak ittiew perut??? Ayooo!! bisee!!












Bergambar reramai dalam Safari yang happening gittiew!! Dari kiri Zayriz, Izzy, Aku, Airell & Chelly. Maaf la yer kalau muke aku nampak tak semenggah sikit al-maklumlah bile dalam club dah sah puyeng abis, kannnnn???













Mak aii!! Ittiew dia tak ingat dunia kah??? Terlonjak-lonjak seperti kera hilang dara sampaikan tak sedar position gambar ni diambik!!
bise la Uollss!!!















Aku suke btol gambar ni.. Sebab kengkawan aku dalam pic ni nampak ceria & happy gile babss. Yang paling penting ini pose spontan. Masing-masing dengan riaknye mempamerkan siape punye senyumam paling seksi kat Genting Highland!! tapi kalau tengok cara Chelly pose, nampak gayenye macam nak melepaskan.. kus-kus nya.. Iye kan Chelly??















Auwww!! Yang ini pun same... walaupun gelap tapi still lagi boleh nampak bertapa happynye weollss malam tu. Happy btol!! Sampai skang ni aku tak bole lupekan kenangan itu. aku harap satu hari nanti kita bole buat macam ni lagi yek?? Tapi kali ni nak gi mane plak??!! Pulau Perhentian kah???
So,sorry yer sebenarnye ade banyak lagi gambar yang bole aku postkan kat sini tapi hanya ini gambar-gambar yang aku bole kongsikan bersama ngan korang. Gambar yang lain tu ade sentimental value dan bagi aku terlalu bermakne buat diri aku. To Zayriz, Airell, Chelly, Izzy & Lisza, thank you so much for the friendship, kegembiraan , keseronokkan yang aku takkan lupekan.. Dan aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bile-bile. But always remember 1 thing... Sentiasa NOTTY!!!
















Monday, February 9, 2009

So SoRrY!!

Guyss!! Mintak maaf bebanyak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebab dah lama tak update blog i ni??? A little bit busy la lately...
But uolss tunggu yer update yang akan datang!!
Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FOLLOWING THIS BLOG