Ku tanam kenangan lalu..
bersama rimbunan helaian bebunga kasih..
ku kutip sisa kenangan pahit
biar menjadi penawar rindu..
ku biarkan kasih berlalu
bersama kenangan menghiris..
kutinggalkan sejarah cinta
biar rasa cinta terus terkubur..
ku sambut salam kasih..
agar terlerai sebuah kebencian..
ku bina benteng persahabatan..
agar hubungan terus berkekalan..
Ku buang dendam membara
kerana semuanya telah menjadi sejarah hitam
ku ukir senyuman mesra
menyambut tanganmu
biarpun dalam hati masih berbaur rasa cinta..
ku cuba bina benteng penghalang cinta bertaut
agar sejarah hitam takkan berulang kembali..
Tiada guna meneruskan dendam dihati..
Tiada guna menyimpan kemarahan dijiwa
kerna segalanya bisa membuatkan hati terluka sendiri
kubiarkan segalanya berlalu dengan pasrah
kerana ku sedar setiap perhubungan
pasti ada penghujungnya..
Untuk apa dendam itu terus menguasai diri..
Untuk apa kebencian itu terus mengawal hati..
kerna segalanya tidak mungkin memberi kesan
yang terluka hanya diri sendiri..
Dirimu kumaafkan..
Tiada lagi benci dihati ini..
Tiada lagi dendam dijiwa ini..
Biarlah segalanya menjadi kenangan buat kita..
Tak mungkin bagiku menyatu kasih yang terlerai..
Tak mungkin bagiku menyambung cinta yang putus..
Biarlah antara kita hanya sebagai seorang sahabat
Kerana itu lebih baik dari membina kembali rasa cinta..
No comments:
Post a Comment