....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....

My photo
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...

IT`S ME!!

Tuesday, March 31, 2009

CoNfeSsiOnS Of A ShOpAhoLiC


Struggling with her debilitating obsession with shopping and the sudden collapse of her income source, Rebecca Bloomwood unintentionally lands a job writing for a financial magazine after a drunken letter-mailing mix-up. Ironically writing about the very consumer caution of which she herself has not abided, Rebecca's innovative comparisons and unconventional metaphors for economics grants her critical acclaim, public success, and the admiration of her supportive boss Luke. But as she draws closer to her ultimate goal of writing for renowned fashion magazine Alette, she questions her true ambitions and must determine if overcoming her "shopaholic" condition will bring her real happiness.

Starring : Isla Fisher (Rebecca Bloomwood), Hugh Dancy (Luke Brandon), Krysten Ritter (Suze), Joan Cusack (Jane Bloomwood) & etc.

rating : 4.5

KiSaH Si PeRoMpAk...




Suatu ketika, ketika di tengah malam seorang perompak memecah masuk sebuah bank yang baru seminggu dibuka. Kerana ke'otai'annya, dia berjaya memecahkan kod rahsia sebuah peti besi. Tetapi dia hairan kerana di dalamnya tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Di dalamnya pun begitu sejuk sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka peti besi yang lain.Kerana lapar ia habiskan semua puding di peti besi pertama. Peti besi kedua berjaya dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan- cawan plastik. Seluruh peti besi yang ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak hairan, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang! Keesokan paginya dia membaca surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan tajuk bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
BANK
SPERMA
DI ROMPAK!!!

MoSqUiTo TrAp (DeNgUe PrEvEnTiOn)




(Dengue & Chikungunya prevention)

It's just a mix of water, brown sugar and yeast.

1. Cut a plastic bottle in half, keep both parts. Can be Coca Cola / Pepsi bottle.
2. Take the lower portion of the bottle. Dissolve the brown sugar in hot water. Let it cool down to ~70 degF..
3. Add the yeast. Carbon dioxide will form (This will attract the mosquitos)
4. Cover the bottle with a dark wrap and place the top portion upside down like a funnel. Place it in a corner in your house.
5. In 2 weeks you will be surprised by the number of mosquitos killed.

ViRgiNaL - MaDTv




Ni ada satu lagi clip yang lawak gile dari Mad Tv..
Lagu ni sebenarnya lagu I`m Beautiful dari Christina Aguilera tapi
dah diubah suai jadi tajuk Virginal.
Yang belakon tu name dia Mo Collins.. Meletop!!
dengar lagu ni yer.. dan telitikan senikate yang dinyanyikan
Wahahahahaha!!

MaNe Cd SpiCe GiRLs AkU??!! AkHiRnYa....




Akhirnye.. persoalan aku telah pun terjawab.. Kalau post aku yang malam tadi aku dok meroyan mencarik cd Spice Girls yang tetibe jer ghaib kat atas meja akhirnya kakak-kakak aku ni, ohoiii pulang jua ke pangkuanku semula... Naik lemah badan aku mencarik cd ni.. "aku insan yang lemah...hanye mampu berserah!!' lagu Rohana Jalil *tetibe jah!!
Kakedahnya, aku yang tak berpuas hati dengan gegeh dan bersemangat wajah berhempas pulas mencarik, rerupenye cd tu dalam keta adik aku!!
Ape lagi!! Meroyan la aku macam mati laki!!! Aku tanye dia kenapa amik barang aku tanpa keizinan sebab aku memang pantang orang amik barang-barang aku tanpa mintak izin tak kiralah sape pun...including orang tue aku..
Tapi korang tau ape jawab dia....??
" Sajerrrrr..... nak try cd player baru aku kat keta ni!!"
Teruzzzz aku nak pitam lagi ngan jawapan bangang dia.... takde cd laen ke??
Adikku oh adikku!! Ceh!! ko memang suke buat saspen kan??
Bagai nak mati aku mencarik walaupun ianya hanya sekeping cd..
So, pengajarannye, tolonglah belajar mintak izin tuan punye barang terlebih dahulu yer...

Monday, March 30, 2009

MaNe Cd SpiCe GiRLs AkU??!!




Pening!! Pening!!
Dah la aku ngan masalah Pc aku yang dah tingtong, puyeng segalanya ni tak settle lagi. Dah naik berterabur mata aku jatuh ke lantai nak locate file-file aku yang hilang @ terhide kat pc ni. Al-kisahnye, kononnye nak mententeramkan jiwa aku yang dah naik OKU ni, dari pagi punggung aku naik kematu duduk kat depan pc ni. Terniat la di hati aku ni nak dengar lagu-lagu dari mak hayam besar Spice Girls yang dah jadi santapan aku sejak sekolah menengah. Maklumlah, aku ni memang peminat group ni dari dulu sampai la aku dah naik kertu..
Tetibe jer carik punye carik... eh!eh!! Kemana peginye Cd Spice Girls aku ni??? Takkan balik ke UK plak ngan sendirinya?? Hilang ke?? Hurmmmm.. Dah tambah pening kepala. Malas btol nak beli yang baru... Aku ade bagi pinjam kat kawan aku ker?? Mustahil sebab aku ni bukan jenis pelupe tapi dimane yer.........???????
Iskk!! baru nak dengar sambil dance feeling-feeling Spice Girls tapi akhirnya...
Non Adoooooo!!! Hoh!! Ohoi!!

AwArD FrOm QaSeH AbAdi



Lihatlah dunia!!! Lihatlah!!!!
Ayo!! berangan menang award aku ni..
Huhuhu..
Cantik tak award ni?? pink lagi..
Award ni aku dapat dari salah seorang kawan baru aku kat dalam blog ni. Qaseh Abadi dari Sarawak. Thanks bebanyak coz aku suke kannye.. Aku rase personally sepatutnye sumer bloggers patut ade award macam ni kan?!! Khas untuk kita yang suke memblog ni dan juga sebagai tanda persahabatan. Oww yeah!! and also to keep in touch each others..
To Qaseh Abadi.. Terima kasih banyak2 dengan award ni, terima kasih kerana menjadi sahabat yang baru.. harap kita bersahabat yer walaupun jauh... I am so happy..
Oh yer.. kalau korang nak lawat blog Qaseh Abadi ni, just klik jer 2 kali kat award disebelah kanan page aku ni.. nanti korang terus je gi blog dia..
Selamat Membaca & Selamat Mengeratkan Tali Persahabatan..
Bye!! --------->> nun blah kanan kat box bertulis AWARD!!

DeSpErAtE HoUsEwiVeS _ MaDTv




Aduhai!!!
Sakitnye perot aku ketawa..
Memang pecah perot btol la..
Desperate Housewives dari MadTv ni!!
Korang layan jerlah!!
Dengar bebaik ape yang dowang cakapkan!!!
Hahahahahahaha

DeStiNy ChiLd`S - MaDTv



Hahahahahaha!!
Kepada peminat-peminat Destiny Child kat luar sana...
Ni ada satu lagi clip kelakar punye..
Better uolss dengar lirik lagu ni bebaik
Gerenti nak gelak berguling!!!!!

DrEaMgiRLs - MaDTv





Korang penah tengok tak movie ala2 broadway yang tajuknya DREAMGIRLS?
Tapi ni versi lawak punye.. aku amik kat You Tube.. Video ni dah lama tapi saje je nak kongsi ngan korang!! Wakakakakaka

Sunday, March 29, 2009

WhUa!! SeMuAnYa HiLaNg!!!

Aduh!! Aku dah tak tau nak cakap ape lagi dah. Sebabnya kalau aku cakap aku pun tak tau macam mana nak explain kat korang. Semalam pepagi aku online, terniatlah aku nak upload satu video ni kat YOU TUBE aku. Alih-alih tengah dok mencarik video tu, aku baru pasan yang tetibe jer file folder aku tu dah takde.. Motif??!! Tetibe jer dah ghaib. Bagai nak pengsan dah aku sebab kat folder aku tu ade banyak gambar-gambar kenangan, lagu-lagu, video-video yang aku simpan termasukla resume aku sendiri. Sumer dokumen yang aku simpan dalam tu dah lesap tanpa dikesan, (ataupun aku sendiri gagal nak kesan).
Dengan keadaan dah kalut tu sempat gak aku tanye ngan jiran aku, dia cakap sama ade aku terdelete (err, takde maknenye aku terdelete, aku bukan nye rabun pun), atau aku terhidekan!!
Ermmm.. katenye.. atau.....ada viruskah dalam pc aku ni??!! Musykil btol la.
Tapi aku perasan bile aku nak degframe folder D aku tak bole nak degframe.. kenape yek??
Aku ni bukannye mahir sangat bab2 komputer ni.. Aku yakin sume dokumen aku tu ade lagi dalam Pc aku tersorok cume tak tau mane nak carik..
kalau korang ade idea, mintak tolong yer... Aku nak pengsan dahhhh....iskk!!

Saturday, March 28, 2009

60 - EaRtH HoUr



60 - Earth Hour
Pada : 28 Mac 2009 , Jam 8.30 malam





Kenapa plak nak tutup lampu ??

Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada.

Siapa yang startkan benda nieh weii ??

Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

Cuma tutup lampu lah ??

Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tengan itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Boleh ke saya buat benda ini ??

Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.

Apa matlamat untuk tahun ini ??

Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

Siapa lagi yang saya nak ajak ??

SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.

Jadi apa saya nak buat sekarang ??

Mari , kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini .Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain , kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.

Friday, March 27, 2009

KeMaAfAn DeNdAm TeRiNdAh

Ku tanam kenangan lalu..
bersama rimbunan helaian bebunga kasih..
ku kutip sisa kenangan pahit
biar menjadi penawar rindu..
ku biarkan kasih berlalu
bersama kenangan menghiris..
kutinggalkan sejarah cinta
biar rasa cinta terus terkubur..
ku sambut salam kasih..
agar terlerai sebuah kebencian..
ku bina benteng persahabatan..
agar hubungan terus berkekalan..
Ku buang dendam membara
kerana semuanya telah menjadi sejarah hitam
ku ukir senyuman mesra
menyambut tanganmu
biarpun dalam hati masih berbaur rasa cinta..
ku cuba bina benteng penghalang cinta bertaut
agar sejarah hitam takkan berulang kembali..
Tiada guna meneruskan dendam dihati..
Tiada guna menyimpan kemarahan dijiwa
kerna segalanya bisa membuatkan hati terluka sendiri
kubiarkan segalanya berlalu dengan pasrah
kerana ku sedar setiap perhubungan
pasti ada penghujungnya..
Untuk apa dendam itu terus menguasai diri..
Untuk apa kebencian itu terus mengawal hati..
kerna segalanya tidak mungkin memberi kesan
yang terluka hanya diri sendiri..
Dirimu kumaafkan..
Tiada lagi benci dihati ini..
Tiada lagi dendam dijiwa ini..
Biarlah segalanya menjadi kenangan buat kita..
Tak mungkin bagiku menyatu kasih yang terlerai..
Tak mungkin bagiku menyambung cinta yang putus..
Biarlah antara kita hanya sebagai seorang sahabat
Kerana itu lebih baik dari membina kembali rasa cinta..

BuKaN UnTuK DiMiLiKi..

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?


Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya


Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan


Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki



Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."


Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Thursday, March 26, 2009

AuStRaLiA`s NeXt ToP MoDeL CyCLe 5 (2009)





OMG!!!
Australia`s Next Top Model Cycle 5 is back!!
Tak sabar nih!! Australia punye lagi vast dari America punye..
Plus, hadiah dowang more lumayan tau!!
model2 yang masuk pun bebudak dan muda lagi..
Kiranye.. fresh look la..
Paling aku suke tengok, dowang punye video Promo..
Meletop!! Every year dowang akan buat video yang berbeza-beza dan impak lagi vasttt!!
tak caye??!! Layan....
tapi tahun ni ade pengacara baru iaitu supermodel Sarah Murdoch yang gantikan Jody Miers..

http://www.youtube.com/watch?v=jgnhUjcPNBU

TaNdA - TaNdA CiNtA BeRaKhiR!!



Tanda Cinta Berakhir.
Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah 'gawat', cuba lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si dia berubah.
Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.
2. Dia tidak lagi mencari kamu.
Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.
3. Dia pindah rumah ... tanpa memberitahu kamu
Alasannya, 'lupa'. Hmmm, ini kamu harus tanya, "Lupa atau buat lupa ?" Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu. 4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.
Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan. Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.
5. Foto kamu hilang.
Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja, atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.
6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.
Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya? Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.
7. Dia 'lupa' hari jadi kamu.
Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.
8. Dia banyak mendiamkan diri
Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.
9. Dia sudah punya kekasih baru.
Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu .
10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.
Kalau hubungan ini secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

CiNtA YaNg HiLaNg!!

Ke manakah perginya cinta
yang dulu bersemi di hati
menyinari kebahagiaan
pencetus azimat sakti
kemudi nadi hidupku
Ke manakah hilangnya rindu
yang dulu mencuri lenaku
semarak kasih sayangku
ingatan semurni cintaku
setulus ikhlas hatiku
Tuhan kusedari
cinta yang pergi
tak akan kembali
jiwa terseksa menanggung luka
di atas segala perbuatannya
biarpun kenangan menghantui diriku
tak akan ku pulang ke pangkuannya
namun betahkah aku untuk mempercayai lagi
ketulusan cinta
yang kononnya
putih dan suci???

Tuesday, March 24, 2009

9 PeRkArA YaNg TiDaK BoLeH DiBiNcAnGkAn DeNgAn LeLaKi

Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dantutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan` si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.
5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkongdiri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Sunday, March 22, 2009

DaN SeBeNaRnYa - YuNa ( LyRiCs )



Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku



[Bridge]

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Saturday, March 21, 2009

MeN..HoW To WeAr UnDeRwEaR CaN Be HeALtHy

The variety of underwear in the world


1, fighting underwear: the origin of the name because the pants can be placed front-end design of the seven bags of condoms.
2, candy underwear: can the licking Oh, there are a variety of fruit taste it.
3, luminous underwear: When you in the night, lighting the room the most eye-catching at this time it’s none other than the non.
4, underwear Science & Technology: This is a faithful reflection of the size of the underwear.
5, adjustable underwear: you know, not only ladies-only need to be adjusted, do not want to see people show up, this underwear can help you tighten the waist.
6, thong: This is one of the most sexy, there are two, one in front of a three-dimensional cut before the file, and behind only a small belt, although this is more than sexy, but to wear uncomfortable? The other front is a cut of three-dimensional pre-file, and behind that is to be divided into two scallops on both sides of the hip fixed, is the advantage of excellent air permeability.

To find occasions for wearing underwear on
To go to work: to go to work wearing the suit is nothing more than casual trousers or pants (Of course, some people can wear jeans), if you fit into the tailoring is a very appropriate pants suit, said it is not the kind of cut loose the hip Trousers, then the 1.40-fit underwear (not the pants I-Oh!) Or thong would be suitable for you, the reason for this is the kind of general-BVD underwear, you would Triangle buttocks that the two marks Pants, easy Show; and the 1.40-fit or thong underwear, you do not consciously avoid the pressure of the two that touched on the buttocks in line, because they do not consciously response action, if the timing is that people will not ya.

Leisure: Leisure can be divided into two types, one is completely relaxed at home, is not ready to go out, like consumption at home and enjoy the home life of the new man, may wish to consider only the mouth of a loose-pants, so pressed on weekdays in the pants in The freedom of shaking baby, but this healthy child’s cry! If you would like to run out easily be shaped to wear the underwear of it! This style of underwear can reduce the large amount of activity (such as the long walk) on the friction arising from the sexual organs, people go there, comfortable there.

Movement: Movement can basically do not wear underwear is the best, but you can choose to buy the kind of good air permeability of the sports shorts or swim trunks and similar materials, the air next to the skin tight. For it is only through such a thigh before, Kuajian between each other’s sexual organs and to minimize friction. If wear underwear to wear on the kind of athletes for tailoring the movement of the special underwear, the underwear is part of the sexual organs in a triangle of three-dimensional cut-boosting cup, each about an elastic to hold the buttocks.

Tourism business: If you know the purpose of his trip is likely to travel with friends or colleagues in the same dormitory, which is the best you put those vulnerable to leakage or provocative character of color underwear, so to avoid unnecessary embarrassment, the general type of white underpants or Is a paper that is lost or cotton underwear is the best option.

To sleep: to sleep naked or nude sleeping habits is the best choice, but if you are living a life of the groups or are not used to sleep naked, and that 1.40-mouth trousers or underpants would be ideal, or else there is the sports network The shorts-like design is also good to consider.

Love: love what underwear you wear! You may not know, thong or cut the use of materials for the special taste of underwear in China will double visual effects, though not everyone has a body-building body, but love wearing a sexy provocative underwear, albeit not very clearly that the You can feel the drama before a lot of points

On the men’s underwear, a lot of men think that what’s good about? Some even think that men are wearing underwear in the inside, nothing good selectivity, was also seen at the time of purchase is a woman on the staff ashamed to ask, just go buy a style. This is the real damage is really hard to get fit and comfortable underwear.

Here, in the selection of men may know in advance the number of men’s underwear tips.
High sexy panties that sign underwear?

In the women’s underwear design, high-shorts are from modification, so that some of the slender legs appear. However, men’s underwear in the high starting point of fact, shorts are not sexy, but in order to take care of the men. Leg proposal very rough people who have the option of high-wide underwear shorts. In addition, there are half the market underwear shorts, which are used for those who do not wear shorts all-high-man be a good choice.

The most comfortable cotton underwear?

For those who sweat easily, the type of cotton clothing may not be the best choice, especially back and hyperhidrosis have to drive the men should not be more better. Although the Khan absorption as cotton underwear, but not easy to do, so no good for men’s health. In fact, in today’s market, a lot of underwear fabrics are used in key parts of cotton bottom, the same comfort. Proposal will not only be limited to men Cotton underwear can be seen from the other material consideration. For example: In order to avoid the feeling Nianni, quick-drying can choose to use the Korean silk fabrics, good water power, smooth feel. There is also a modal of the very fabric hand fell comfortable, with a similar texture of cotton, which absorb and release moisture faster than ordinary cotton and 50% higher, to buy time to ask the staff.

To buy the main points

At the time of purchase to the attention of hand-checking, such as key parts of the route is smooth and supple.
Men’s wear underpants look at the main focus of the site and the friction between the zipper pants, to avoid prolonged soaking with detergent, to extend the service life.
More detailed inquiries to the staff, not to avoid in order to buy the most comfortable in their own underpants.

by Beerkala ( DIGG HEALTH )

OoO.. AdA OwAnG Tu JeLeZz!!






Cemburu..!!!!
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bahawa org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.
Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.
Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.


1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.
8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.
9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.


Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..


1. Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?
7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.
10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak.


Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.



1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya
2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.
4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

MuTiArA KaTa



Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tapi sering kali kita terpaku, terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh. Jangan seperti seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan.Pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah.Membuat orang tidak percaya menjadi percaya danmemberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jangan berputus asa, tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya… andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada ditempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali pada bentuk asalnya.

Waktu kamu dilahirkan, kamu menangis dan orang-orang disekeliling tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebajikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merenda diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempuyai makna yang menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telingan dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan. Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang akan ditinggalkan.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.Sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya,Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarang dia berbuat jahat

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab.

SaLaHkAh AkU TeRLaLu MeNciNtAiMu?

Ku tatap dua bola matamu
Tersirat apa yang 'kan terjadi
Kau ingin pergi dariku
Meninggalkan semua kenangan
Menutup lembaran cerita
Oh sayangku, aku tak mau
Ku tahu semua akan berakhir
Tapi ku tak rela lepaskanmu
Kau tanya mengapa aku tak ingin pergi darimu
Dan mulutku diam membisu
Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan tanyakan mengapa karena aku tak tahu
Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku
Masihkah ada hasratmu 'tuk mencintaiku lagi
Apa yang harus aku lakukan
'Tuk menarik perhatianmu lagi
Walau pun harus mengiba
Agar kau tetap di sini
Lihat aku duhai sayangku....

Thursday, March 19, 2009

30 TaNdA JaTuH CiNtA...KaTeNyErrr!!


30 Tanda Jatuh Cinta


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia sudeyhh!!


1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda. Bak kata org tua-tua mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda, hinggakan anda rasa mulut terkunci dan berat untuk berkata-kata.. kelu seribu bahasa.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya. Kalau boleh anda ingin tak ingin mengalihkan pandangan dari dia.

5. Perasaan cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

FOLLOWING THIS BLOG