....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....

My photo
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...

IT`S ME!!

Saturday, December 20, 2008

TiDuR , TeMpOh & KuALiTiNyA..


Post kali ini aku nak berkongsi ngan korang mengenai tidur & kepentingannya pada kita. minggu lepas aku tertarik nak bace mengenai tidur ni kat dalam keratan akhabar, so aku dan sunting sedikit & ambik yang mana perlu untuk kita kongsi & renungkan bersama yer..



Dizaman yang serba moden dan sibuk kini, untuk mempunyai tidur yang mencukupi dan memuaskan agak sukar diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat dunia.

Ini kerana beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pakar jelas menunjukkan masyarakat sekarang berisiko berhadapan dengan akibat bahaya kerana tidur dalam jankamasa waktu yang singkat sedangkan manusia memerlukan antara 7 hingga 8 jam tidur setiap hari.

Kekurangan masa dan kualiti tidur seseorang itu boleh menghakis fungsi badan dan keupayaannya serta boleh mendedahkan kita dengan risiko pelbagai ancaman penyakit seperti penyakit jantung, diabetis dan lain-lain lagi.

Permasalahan kualiti tidur ini telah menarik dan menjadi perhatian pakar penyelidik kerana dikhuatiri akan menjejaskan hidup penduduk dunia berbanding dengan masalah kurang tidur (imsonia).

Punca utama masalah kualiti tidur yang dikenalpasti dan diberi perhatian ialah berlakunya halangan laluan udara salur pernafasan seperti Apnea Tidur Halangan (OSA) yang menyebabkan penghidap sering terjaga (tersentak) dari tidur ataupun berhenti bernafas selama 30 saat, berkali-kali setiap malam. Pakar juga berpendapat ada kaitan diantara kualiti tidur dan daya pemikiran seseorang itu.

' Tidur Gelombang Perlahan" atau lebih juga dikenali sebagai tahap tidur yang nyenyak sebelum seseorang itu mencapai tahap tidur bermimpi (REM) dikatakan mempunyai peranan yang sangat penting bagi membantu manusia menyelesaikan masalah.

Namun begitu, pakar juga mendapati gangguan tidur seperti bunyi bising dari luar, faktor usia, dengkuran pasangan mahupun OSA boleh mengakibatkan terjejasnya daya ingatan seseorang itu untuk berminggu-minggu lamanya. Ini kerana, keadaan gangguan yang diterima boleh menghakis atau menjejaskan proses pembentukkan sel-sel baru didalam bahagian memori otak (hippocampus) seseorang itu sewaktu tidur.

Pusat Pencegahan Dan Kawalan Penyakit yang beroperasi di Amerika Syarikat telah merumuskan bahawa, keadaan tidak cukup atau kurang kualiti tidur sebagai salah satu masalah kesihatan dunia yang kurang diberi perhatian serta pentingnya kualiti tidur seseorang itu.

Kajian awal juga menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47% bagi mereka yang kurang tidur dari 7 jam tidur setiap hari. Tetapi, ada juga segelintir dari mereka yang telah membiasakan diri tidur selama 4 jam (mungkin bagi mereka ia tidur yang nyenyak) sudah mencukupi.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan pakar sebulat suara bersetuju bahawa gangguan seperti OSA atau mana-mana tahap apnea tidur(gangguan aliran udara), gangguan luar dan jarak atau kekangan masa untuk tidur perlu diatasi dengan segera bagi mengembalikan dan mengekalkan semula kualiti tidur seseorang itu.

Masyarakat dunia juga dinasihatkan untuk meninggalkan atau mengelak amalan "bulimia tidur" atau lebih dikenali sebagai sikap suka tidur lewat pada setiap malam dan sikap suka menghabiskan masa hujung minggu dengan tidur sepuas-puasnya. ini bertujuan untuk menghindarkan diri dari masalah kurang tidur.

Anda tidak perlu berasa bersalah sekiranya mengimpikan atau menginginkan tidur yang puas selagi anda memenuhi keperluan waktu rehat yang cukup dan tidak menjejaskan tanggungjawab harian anda.
- dipetik dari Berita Minggu
- disusun & di sunting oleh Azrols

No comments:

FOLLOWING THIS BLOG