"Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yang tak membalas cintamu ,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang tak kamu cintai,anggaplah ia satu penghormatan buat mu tapi kembali kan penghormatan tu dengan cara yang ikhlas & jujur, jangan ambil kesempatan & janganlah melukakan perasaannya. Bagaimana kamu mengurus diri,begitulah jua kamu mengurus cintamu. Setiap hati dan perasaan akan tetap mengalami kepedihan & kebahagian yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya agak berbeza. Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita & tiba-tiba cinta itu memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus di persalahkan.....relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap apa yang berlaku ada maksud yang tersembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti,ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta,kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu,nikmatilah segala keindahan sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia..... CINTA AKAN SENTIASA & SELAMANYA MENJADI MISTERI. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...."
....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....
- AzRoLs
- Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
- I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yup!!! betul tu...
Post a Comment