Tahukah anda menggunakan telefon bimbit sambil memandu sama bahayanya dengan memandu dalam keadaan mabuk?? Menurut pakar saintis mendakwa, panggilan telefon bimbit sebenarnya lebih banyak mengganggu tumpuan pemandu berbanding penumpang yang gemar berbual kerana ini menyebabkan pemandu memandu terlalu rapat dan hilang arah jalan.
Kajian tersebut juga mengatakan, penggunaan kit bebas tangan bukanlah perkara terbaik semasa memandu kerana menghalang penumpang yang ada bersama pemandu daripada membantunya. Kajian yang dibuat itu menjelaskan mengenai tindak balas tubuh terhadap penggunaan telefon bimbit yang akan membawa cara pemanduan berbahaya.
Pakar juga mendapati tahap reaksi seseorang pemandu menjadi perlahan apabila bercakap menggunakan telefon bimbit sama ada melibatkan pemandu baru ataupun pemandu yang mahir. Dan didapati pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah sama bahayanya dengan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.
Ini menjelaskan bahawa kita juga masih lagi berada pada tahap yang merbahaya sekiranya perkara ini tidak dihindarkan.
1 comment:
Thank God!! Nasib baik aku tak memandu!! lalalaala
Post a Comment