Aku ialah aku
Aku ialah diriku
Tanpa diriku siapalah aku
Aku yang bernama aku
Aku tidak tinggal di teratak emas
Aku hanya tinggal di pondok usang
Aku tidak belajar
Aku hanya melihat
aku tidak makan berlian
Tetapi aku hanya minum air sungai
Yang biasa mengalirkan rasa duka nestapa
Di dalam diriku.
Aku ada hati
Tapi tiada orang memahaminya
Aku ada mata
Tiada orang mahu melihatnya
Aku ada mulut
Tiada orang mahu menggunakannya
Aku ada hidung
Tiada bau yang menarik orang lain
Aku ada telinga
Tiada orang mahu menafaatkannya.
Sering aku lihat
Yang punya telinga
Pekakkan pada kebenaran
Yang punya hidung
Bau hanya pada harta dan pangkat
Yang punya mulut
Tidak menafikan kepalsuan
Yang punya hati
mencelupnya dalam kegelapan
Sehingga terlihat noda-noda
Yang tidak dapat dihapuskan
sehinggakan Nur keimanan
Tidak dapat menembusi kegelapan itu...
No comments:
Post a Comment