Huhhh!! Mengeluh lagi aku... Aku sebenarnye tak suke nak mengeluh resah ni.. Lately ade banyak perkara yang bermain dipikiran aku ni.. Psal nak carik keje, hidup aku yang bosan sebenarnya..keseorangan dan macam-macam perkara lagilah.. Kat muke aku ni jer nampak aku ni macam gembira dan seronok tapi dalam hati hanya tuhan saje yang tahu..
Aku benci dan muak jugak ngan kehidupan aku,tapi alhamdulillah still ade kengkawan baik disisi tapi....bagi aku itu tak cukup!! Mungkin aku ni korang bole katakan mengada-ngada atau demanding lebih tapi salahkah aku untuk aku mengecap kebahagian & kegembiraan untuk aku sendiri??!!
Online ni jela satu2nya cara untuk aku mengubat diri kononnye tapi hakikatnya ianya masih blom terubat... Senang cerita, aku kebosanan & kesepian.. Sepi tanpa teman walaupun aku punya ramai kawan2 baik disisi dan diluar sana.. Cinta?? Alangkah bertuahnya aku kalau aku dapat menikmati nikmat cinta dan dapat kurasai ape itu cinta. Setelah lama aku hidup bersendirian begini, ada benarnya aku mencari cinta untuk aku menagih kasih dan sayang pada si dia (kalau ada ). Tapi sampai skang blom ada satu cinta pun yang terpaut dan tertanam dalam diri ini kerana blom ada seseorang pun yang berjaya memikat hati aku.. Bukan memilih tapi demi kebaikkan aku dan hubungan itu nanti... Salah kah aku untuk mencinta & dicintai? Salahkah aku untuk disayang & disayangi?? Salahkah aku berkasih dan dikasihi?? Salahkah itu semua??? Bagaimana harus aku cari penawar untuk aku diberi cinta itu dan bagaimanakah untuk aku harus cari kekuatan cinta itu??
Teringin benar untuk aku merasai semula debaran cinta bila ia datang menghampiri.. Diusia aku yang makin mengisi ini aku merasakan yang aku semakin dahargakan cinta itu... Terasa sukarnya untuk aku bernafas dengan lancar bila aku persoalkan cinta ini. Semakin beratnya beban dalam hati ini bila memikirkan cinta aku yang masih lagi tidak singgah ini....
Teringin benar aku untuk mengecap cinta itu selagi masih bernyawa.. Apa salahnya untuk aku ukir cinta ku sendiri dalam hati ini sebagai memori kehidupan aku... Atau aku ini benar-benar dilahirkan tak punya hak untuk bercinta & dicintai??
Sudah kutemu dia yang selama ini yang ku cari tapi sudah pun tertulis yang dia bukan untukku kerana hatinya bukan untuk aku...Aku mengerti kerana cinta itu kan tak boleh dipaksa..
Mahu aja aku mencari jalan keluar dengan membawa diri ini sendiri ke tempat yang orang lain tidak bole bertemu denganku.. Atau perlu aku sibukkan diri dengan perkara-perkara yang elok bagi aku melupakan perasaan yang bermain ini??!!
Mudah sungguhkan?? Tapi percayalah, ianya tak semudah seperti yang dikatakan kerana, kata-katakan mudah dari melaksanakannya.. Biarlah...kerana aku sendiri telah biasa berkeadaan begini...sejak sekian lama..Dan aku biarkan perasaan ini memainkan emosiku ini untuk selama-lamanya....Walau pun perit dan derita, namun akan ku tabahkan jua hati ini kerana aku sendiri telah katakan..aku dah biasa.....Aku sedari pintu hati ini semakin lama semakin tutup untuk itu dan hanya satu pintu sahaja akan aku biarkan ianya terbuka.......untuk sesiapa yang sudi mengisi kokosongan itu.....Wasalam
3 comments:
Syahdunya.. Cheer up lah!
nak bercinta???
ciri2 kekasih idaman????
Ries!! thxs....ok i will
Nai!! Ciri2?? hurm..i tak memilih biar simple jer..tapi selebihnya biarlah jd peribadi..ngee~
Post a Comment