Aku tak tau nak ceritakan bagaimana?! Tapi yang pastinya ini semua salah aku!! Aku yang mulakan segalanya.. Aku yang bodoh. Aku juga yang terlebih emo. Inilah kesalahan aku paling besar pernah aku buat. Dan paling keji pernah aku lakukan. Aku hentam & luahkan segalanya tanpa usul periksa. Aku tunding jariku pada orang yang tak bersalah. Aku?!! Menyalahkan dia. Insan yang aku kenal yang banyak tolong aku selama ni. Insan yang banyak memberi sokongan padaku. Insan yang banyak mengajar aku erti tingginya nilai persahabatan. Insan yang aku sangat-sangat aku hormati. Malah aku sendiri sanggup berkorban atau mati kerana dia...
Kenapa aku buat begini?? Kenapa aku terlalu biadap padanya? Kenapa aku terlalu melampaui batas sehinggakan aku marahkan dia tanpa aku sedar yang dia tidak pernah berbuat salah pada aku? Kenapa aku terlalu emosi tanpa berfikir dengan baik sehinggakan aku rasa sekarang ni akulah yang bersalah?!.. Iya.. aku yang bersalah.. Aku yang bodoh.. Aku juga yang patut terima semua ini.. Biarlah Tuhan menghukum aku kerana kesalahan besarku. Kerana tak punya hormat pada insan yang selama ini banyak membentukku.. Biarlah aku dihukum kerana alasan bodohku yang aku sendiri fikir tidak masuk akal.. Ingin saja aku hukumkan diri ini kerana kebodohan aku.
Ya Tuhan.. Kenapa ya?! Kenapa aku harus digelar sahabat sedangkan aku ini adalah sahabat yang teruk & tak bersyukur. Kerana KAU telah memberikan aku anugerah tidak ternilai dengan memberikan aku sahabat yang istimewa,yang dihormati,yang tulus,yang kuat memberikan aku hidup yang indah. Tetapi aku calarkan ia dengan perasaan aku yang terlalu emosi & alasan aku yang tidak masuk akal.. Cemburu!! cemburu pada sahabat diatas kebaikkan & penghormatannya padaku.
Bodohkan aku?!! Iya.. aku memang bodoh.. sangat-sangat bodoh!! Dan kini aku sendiri sedang menghukum & menyumpah diriku kerana kebodohan aku. Jangan sesiapa yang menghalang kerana aku berhak menerimanya.. Kalian juga boleh menghukum aku. Hukumlah aku sekeras-kerasnya..
Mengapa aku perlu cemburu?! Cemburu kerana mereka gembira atau kerana mereka riang bersama teman2 mereka. Aku cemburukan teman2 mereka kerana mereka punya masa untuk luangkan bersama, sedangkan aku di sini jauh hanya melihat & mendengar kegembiraan itu. Selama ini, aku selalu gembira apabila aku mempunyai teman2 yang baru aku kenali kerana itulah aku.. Aku sukakan & sayangkan persahabatan. Tidak kira siapa, dimana atau keadaan sekalipun. Aku selalu bersyukur punye ramai sahabat yang sentiasa berada disekelilingku tidak kira tua atau muda. Dan setiap hari aku sentiasa senyum sendirian mencemburui diri sendiri kerana punya sahabat yang ramai. Indahnya hidupku kerana aku kaya sahabat. Kerana kalian hidupku sentiasa bercahaya & penuh warna. Walaupun dalam aku keadaan gembira atau sedih, kalian tetap bersamaku. Betapa kuatnya sokongan kalian padaku & betapa sabarnya kalian melayan karenahku.. Dan sahabatku sungguh istimewa...
Tapi, segalanya seperti gelap bila aku yang memulakan bicara.. Iya.. kerana aku.. menyalahkan dia kerana berjauhan dariku. Menyalahkan dia kerana bergembira bersama-sama temannya. Sedangkan aku disini.. Apa ini semua?!! Kenapa aku begini?? Apa salah dia? Dia tidak bersalah!!.... Sedangkan segalanya bermula dengan baik & elok sekali tetapi aku marahkan dia kerana ini?!! Kerana aku cemburu!! Kerana aku jauh!! Kerana melihat mereka gembira!! Bodohkan?!!
Tidak lena tidurku dibuatnya tapi biarlah.. biar aku tak lena.. biar aku tak tidur.. kerana aku sedang menghukum diri. Akan aku duduk dihadapan PC ini sehingga bila2. Sehingga dia bangun. Untuk aku pohon maaf padanya.. andai aku dekat padanya, akan aku cium kakinya & akan aku minta dia hukum aku kerana tidak bersyukur diatas segala pengorbanan & kebaikkannya. Aku tahu kalian pasti cemburu kerana aku mempunyai sahabat seperti mereka. Percayalah andainya kalian diberikan peluang bersahabat dengan insan yang aku maksudkan ini, jangan sesekali melukakan perasaannya & melakukan perkara-perkara bodoh seperti yang aku lakukan. Bukan mudah untuk mencari insan istimewa seperti mereka pada sekarang ini.. Bukan mudah!! Cuma aku yang bodoh!!!
"U.. i minta maaf.. minta maaf diatas kebodohan & sikap biadap pada u.. I yang salah.. i yang tak bersyukur.. Hukumlah i kerana kesalahan i.. Kalau nak i mengadap pada u, i sanggup.. Plzz.. Maafkanlah i .... U lah sahabat i yang i hormat.. in fact, i love u like my brother.. I dah pernah kehilangan adik.. Tapi taknak ada kehilangan lagi kerana sikap bodoh i.. Both of u is my adik & i will always love u no matter what.. Both of u are my angel, my breath, my soul & my heaven..
Please forgive me....
....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....
- AzRoLs
- Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
- I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sabaQ dok..
ala mmg salah ko gak..
tp pa bole buat..
pe yg ko perlu mintak maaf je ngan die..
past is past..
manusia mmg alwys make a mistake..
no body perfect..
just go on la..
as long as dia dah maafkn ko cukup.. klu dia x nk jd kwn ko lg..ko kn accept dgn tbuka.. n make sure ko x make same mistake in da future..
huhu..
Ye memanh aku akui sendiri segala kesalahan aku pada temanku.. Apa yang akulalui kini adalah satu pengajaran bagiku.. Aku sendiri telah pun meminta maaf padanya. Seperti yang aku katakan dia sahabat yang istimewa kerana masih lagi menerima & memaafkan aku.. Akan aku pastikan kali perkara ini tidak akan berlaku lagi..Never..
Untuk aku untuk MENIDAKKAN ape yang telah Tuhan beri padaku.. Mereka adalah anugerah Tuhan yang paling aku sayangi.. tidak sesekali akan aku lepaskan mereka. Terima kasih diatas segalanya..
Post a Comment