Lately ni, aku kerap bukak FACEBOOK aku. Kalau tak online kat PC aku bukak kat hanphone aku..Tapi kalo kat hanphone 24/7 je memanjang FACEBOOKING segala.. Walaupun aku dapat bertemu dengan kawan-kawan baru, tapi yang paling istimewa bile dapat bertemu semula kawan-kawan sekolah. Dari sekolah tadika,rendah sampailah menengah.. Seronok sangat!!!
Paling best dah tentu sekolah menengah.. Macam-macam perangai dan perkara yang berlaku dulu.. hahaha... Aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 6 Atas.. Dalam 2-3 ari lepas, dek kerana rindukan sangat ngan kawan-kawan sekolah, aku selongkar semula almari lama aku.. Nak cari gambar-gambar lama sewaktu aku sekolah.."hurmmmm..banyak gambar-gambar aku dah hilang.... Ini diantaranye..
Teringat memori silam yang buat aku senyum sendirian.. Kalau bole pusingkan mase, aku nak gi sekolah balik.. Hahahahahaha.. Tapi, alhamdulillah, kami semua bertemu semula dalam FACEBOOK. Ada yang dah berkahwin, ada yang dah tinggal kat luar negeri, ada juga yang telah pun menyahut panggilan Ilahi..
Aku bersyukur sangat-sangat sebab aku diberi tanggungjawab sebagai salah seorang admin sekolah aku di FACEBOOK. Paling muda plak tuh?!!! So, dikesempatan itulah aku mencari mereka yang aku betul-betul rindu.... Aku sayang kawan-kawan sekolah aku.. Alangkah seronoknye kalau dapat bertemu & berkumpul kembali.... : (
No comments:
Post a Comment