Happy Birthday To Me!! Wahahahaa. Tahun ni genapla aku 29 tahun umurku. Dah diambang kertu dah!!! But 29 hanyalah nombor bak kate teman blogku Sofi. Bercakap tentang Sofi, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Sofi & Ikmal kerana bersusah-payah buat post untuk birthday aku. Ikmal!! i luv it so much!!! Aku bebenar terharu dengan kata-kata ucapan birthday aku tu. Walaupun kita hanya berkenalan didalam blog tapi aku happy sangat dapat mengenali mereka. Aku harap kita akan dapat berjumpe satu hari nanti. Dan diharapkan juga persahabatan kita kekal.
Ketika aku postkan ini, aku dah nak naik Genting untuk celebrate birthday aku dengan teman-teman tersayang. Sekali lagi ingin aku ucapkan terima kasih bebanyak diatas ucapan hari lahirku!! Muahx