....pabila kau merenung matanya..ku rebah jatuh ke bumi....

My photo
Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
I wish I could be your tear drops,for what more could any one ask for then to be conceived in your heart,born in your eyes, live on your cheeks,and die on your lips...

IT`S ME!!

Wednesday, July 15, 2009

IzAn... PeRgiNyA TaK KeMbALi..

Salam.. Aku tidak tau bagaimana untuk aku mulakan bicaraku ini.Terlalu berat & terlalu pedih untuk aku memulakan bicaraku waktu ini. Iya..aku diambang kesedihan..sedih yang teramat sangat..pedih sungguh!!Sudah beberapa hari aku menangis dengan begitu teruk..dan terus terang aku katakan..aku benar-benar merana. Mungkin kalian tertanya-tanya sebabnya & puncanya aku jadi begini.....Dan ini semua kerana..aku kehilangan seorang kawan baik yang aku sayang dalam hidupku.
Kalau korang ingat lagi, dulu aku ada postkan mengenai kawan baik aku (BFF) yang bernama Fizan @ Izan.Kawan baik aku yang banyak mengajar aku erti kehidupan dalam persahabatan. Tentu kalian masih ingat yang Izan telah ditangkap dan dipenjarakan di Taiwan gara-gara dianiaya oleh pihak yang tak bertanggungjawab.Dia ditangkap kerana membawa sebilangan dadah masuk ke Taiwan tanpa dia sendiri sedari.Akhirnya, dia dipenjarakan selama 2 tahun & tahun ni genaplah setahun lebih dia disana..
Aku sentiasa berdoa agar dia sentiasa berada dalam keadaan baik & berharap dia tabah menghadapi dugaan yang menimpa..Iya..aku rindukan Izan..rindu sangat-sangat!! Dan aku selalu berjanji pada diriku yang aku akan menanti kepulangan Izan ke Malaysia sehinggalah.....
Pada hari Sabtu yang lepas persamaan 11 Julai, aku dikejutkan oleh deringan telefon bimbit aku dari nombor yang tak dikenali.. Bila aku jawab, rupa-rupanya Mak Izan yang menelefon aku.. Dia bertanyakan sama ada Izan ada membalas surat aku atau pun tidak & aku menjawab yang Izan masih belum membalas suratku....Rupa-rupanya, tujuan Mak Izan menelefon aku semata-mata untuk memberitahu aku yang Izan telah tiada...dia meninggal dunia....seorang diri di Taiwan. Alangkah hancur luluh,terkilan & kecewanya aku.....kawan aku...telah pergi buat selama-lamanya....Yang menyedihkan aku, jenazahnya dikebumikan disana.. Aku benar-benar terperanjat & sedih sangat...Izan meninggal kerana menghidap paru-paru berair.. Aku menangis semahu-mahunya.Mak aku pun rase sangat sedih..Maklumlah Izan tu dah dianggap macam anak sendiri...Fizan!! Sampai hati kau tinggalkan aku??
Hingga kini aku masih lagi bersedih & bermurung...entahlah...kalau boleh aku nak lihat kuburnya. Ingin sekali aku lawat & sedekahkan segala doa untuk teman tersayang aku tu....
Terasa berat & sukarnya untuk aku bernafas setiap kali teringat pasal Izan. Segala memori kami bersama semuanya kembali dengan jelas...
Fizan!!! Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun & Maha Penyayang...Akan ku doakan agar kau diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh. Dan semoga rohmu diberkati & dirahmati Allah S.W.T...Amin~
Segala kenangan & memori persahabatan kita akan sentiasa aku ingat, dan akan kujadikan sebagai kekuatan untuk aku teruskan hidup.......Aku sayangkan kau Izan....sayang sangat!!

2 comments:

Naz Iskandar said...

yeker? Innalillah aku ucapkan..semoga ko tabah mengahdapi hari2 mendatang k? life must go on..

lelakiterindah said...

salam awak, saya ada pernah hantar surat pada izan tapi tak ada jawapan...hmm terkejut sangat bila baca dari blog awak yang dia dah tak ada...kita doakan dia semoga dia tenang.

FOLLOWING THIS BLOG